| Universiti Putra Malaysia

Future Biologist Caliphs 5.0 tarik minat pelajar terhadap biologi dan sains

 

SERDANG, 7 Julai – Kelab Mahasiswa Biologi (KMB), Jabatan Biologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Fakulti Sains telah menganjurkan program Future Biologist Caliphs 5.0 yang telah disertai oleh 54 pelajar Tingkatan 1 Sri Ayesha Islamic School, baru-baru ini.

 

Program yang bertemakan “Caliphs Epilogue: The Caliph-ologist”, bertujuan untuk membina kemahiran insaniah asas dalam kalangan peserta melalui aktiviti berasaskan ilmu biologi yang disuntik dengan elemen Islamik bagi memupuk kesedaran tentang aplikasi ilmu tersebut dalam kehidupan seharian serta potensi kerjaya masa hadapan.

 

 

Program yang dikendalikan oleh 45 orang ahli jawatankuasa telah mengetengahkan tiga aktiviti utama iaitu Biology Star Gallery, Young Caliphs BioEpic Adventure, dan Inquisitive Minds World, yang direka khusus untuk memberi pengalaman pembelajaran secara interaktif dan menyeronokkan.

 

Pengarah Program, Nurul Iffah Abdul Rahim, berkata pendekatan berasaskan pengalaman dan interaktiviti berjaya menarik minat pelajar terhadap dunia biologi.

 

“Pendekatan hands-on serta elemen Islamik yang diterapkan menjadikan biologi lebih dekat dengan pelajar dan memberi keyakinan untuk mereka meneroka bidang STEM pada masa hadapan,” katanya.

 

 

Guru Pengiring, Azri Mohd Zulkipli berkata penganjuran program ini adalah sejajar dengan keperluan masa kini dan memuji penganjuran program yang tersusun serta memberi manfaat.

 

“Aktiviti makmal seperti penggunaan mikroskop dan pemerhatian sel bawang memberi pelajar pengalaman baharu dan galakkan minat mereka terhadap sains,” katanya.

 

Dalam pada itu, UPM menyasarkan untuk memperluas jaringan kerjasama strategik bersama institusi pendidikan dan organisasi luar dalam usaha memperkasa pendedahan awal pelajar terhadap bidang STEM selari dengan hasrat melahirkan graduan yang holistik, profesional dan berdaya saing.

SYHJGAg~