Teater Patah Hati | Universiti Putra Malaysia
» ACTIVITIES »

Event Title
Teater Patah Hati
Date
10 Dec 2019 - 11 Dec 2019
Time
02.30 - 12.00
Location
Panggung Sari, Istana Budaya
Event Summary
Kisah Patah Hati ini adalah garapan daripada kekecewaan pelbagai pihak bermula dengan penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehinggalah berlakunya pemisahan Singapura dari Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Penceritaan Patah Hati ini digambarkan melalui kehidupan penduduk Semenanjung Tanah Melayu di bumi Singapura kerana mencari rezeki di sebuah cabaret Melayu yang dinamakan Lite Hours Cabaret. Persengketaan antara pemilik dan pekerja cabaret baharu yang dibangunkan di Jalan Peringau selepas pengunduran tentera Jepun di Singapura ini dengan Happy World Cabaret yang telah sedia ada di Jalan Kallang, telah membongkar rahsia percaturan pihak British untuk Singapura. Keengganan pihak British melepaskan keseluruhan kepentingannya di Singapura yang dilihat sebagai lokasi strategik bagi mengukuhkan kuasa ketenteraan lautnya di rantau Asia Tenggara, gangguan daripada negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina serta ketidakstabilan gerakan parti politik yang berbaur komunisme melatari kisah Patah Hati ini. Tindakan pihak British yang menjadikan Lite Hours Cabaret sebagai kambing hitam dalam perancangannya hingga sanggup mengorbankan nyawa penduduk kedua-dua buah negara yang tidak berdosa semata-mata hendak dilihat sebagai wira penyelamat bagi Persekutuan Malaysia dengan kononnya menangani isu pemberontakan masyarakat dan ancaman komunis, telah menyumbang coretan yang terlindung dalam sejarah pemisahan Persekutuan Malaysia dan Singapura. Berjayakah pemilik dan penduduk Tanah Melayu yang berlindung dalam Lite Hours Cabaret ini menggagalkan perancangan licik pihak British atau mereka sendiri terkorban dalam persengketaan dalaman mereka? Segalanya terjawab dalam Patah Hati.

Updated:: 11/11/2019 [hairul_nizam]

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
---
CUKXMAj:12:33