Bicara Ilmu - Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika Dan Sains | Universiti Putra Malaysia
» ACTIVITIES » Bicara Ilmu - Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika dan Sains

ACTIVITIES

Event Title
Bicara Ilmu - Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika dan Sains
Date
19 Mar 2020 - 19 Mar 2020
Time
09.00 - 01.00
Location
Muzium Warisan Melayu, FBMK UPM
Event Summary
Bicara Ilmu - Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika dan Sains akan berlangsung pada 19 Mac 2020 di Galeri Isi Rumah, Muzium Warisan Melayu, FBMK UPM bermula dari 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
.
Rumah adalah suatu keperluan hidup manusia yang sangat penting yang jika ditinjau dari sudut fizikal rumah merupakan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas, sebagai pangkalan tempat bertolak, berlabuh dan pulang, dan juga sebagai tempat aktiviti individu dan kemasyarakatan, tempat mengadakan beberapa aktiviti, orang Melayu tidak dapat dipisahkan dengan rumah seperti mana mereka lahir, hidup dan mati adalah proses yang harus dilalui oleh mereka yang hidup dan proses ini sudah pasti berhubung rapat dengan rumah tempat tinggal.

Rumah adalah juga sebagai status pada penghuninya, maka kerana itulah setiap orang Melayu masing-masing ada style dan caranya berdasarkan kemampuan dan kondisi untuk memilih sebuah rumah dengan reka bentuk yang menarik, kerana ia merupakan lambang status penghuninya.

Jadi, sebagai sebuah muzium yang memperjuangkan keaslian seni bina tradisional Melayu melalui pemuliharaan empat buah rumah warisan, Muzium Warisan Melayu menganjurkan Bicara Ilmu Seni Bina Tradisional Melayu: Falsafah, Estetika dan Sains.

Kami bawakan kepada anda para panel yang merupakan tulang belakang dalam usaha memelihara dan memulihara seni tradisional Melayu khususnya kepada keempat-empat buah rumah warisan yang ada di UPM.

Jadi apa tunggu lagi, daftar segeraaaa!

Updated:: 10/03/2020 [hairul_nizam]

MEDIA SHARING

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1000
+603 8948 7273
C1591517234