
Oleh: Noor Eszereen Juferi
SERDANG, 31 Oktober – Universiti Putra Malaysia (UPM) menerusi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸) menganjurkan Sambutan Hari Warga Emas 2025 bagi mengukuhkan peranan universiti sebagai pusat rujukan nasional dalam bidang penuaan, seiring persediaan negara menuju status Negara Tua menjelang 2035.
Program yang bertemakan “Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita” dihadiri Penolong Wakil Negara, United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia, YM Tengku Aira Razif yang melihat usaha UPM sebagai platform penting memperkukuh kesiapsiagaan negara terhadap struktur populasi yang semakin menua.
Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata program intergenerasi perlu diperluas melalui inisiatif Jiwa Putra agar pelajar universiti lebih dekat dengan realiti penuaan masyarakat.

“Interaksi generasi muda dengan warga emas bukan sekadar ruang berbakti, tetapi medan membina empati dan kekuatan sosial. Warga emas bukan beban mereka adalah aset sosial dan sumber kebijaksanaan yang mengukuhkan ketahanan komuniti,” katanya.
Pengarah MyAgeing®ï¸, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim, berkata MyAgeing®ï¸ komited menerajui penyelidikan berimpak tinggi, latihan profesional, advokasi dasar serta kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa untuk menangani isu berbangkit.
“Unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Malaysia bakal menjadi Negara Tua pada 2035 apabila lebih 15 peratus rakyat berumur 60 tahun ke atas. Perubahan demografi ini memberi kesan besar kepada keluarga, komuniti dan sistem sokongan negara,” katanya.

Selain itu, program kemuncak iaitu Forum RMK-13: Penuaan dan Masa Depan Negara menghimpunkan penggubal dasar, penyelidik dan wakil industri bagi membincangkan strategi merentas sektor untuk menghadapi cabaran masyarakat menua termasuk keperluan penjagaan jangka panjang, pembangunan bandar mesra usia, keselamatan sosial dan ekonomi warga emas.
Dalam pada itu, MyAgeing®ï¸ komited menerajui penyelidikan berimpak tinggi, latihan profesional, advokasi dasar serta kerjasama strategik di peringkat nasional dan antarabangsa untuk menangani isu berbangkit.

Sepanjang Oktober, pelbagai program ilmiah dan komuniti dianjurkan antaranya Pameran “Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita,” Siri Latihan Mikro, Podcast Cherita MyAgeing, serta sesi libat urus bersama pelbagai agensi dan pertubuhan berkaitan.
Aktiviti tersebut dirangka bagi menyemarakkan budaya prihatin terhadap warga emas, selain memperkukuh jaringan sokongan antara komuniti, penyelidik dan penggubal dasar.



.jpg)


