| Universiti Putra Malaysia

UPM beri 23 Anugerah Fellowship Naib Canselor kepada staf cemerlang pada MGP 2025

Oleh: Noor Eszereen Juferi

 

 

 

 

 

 

SERDANG, 23 Mei – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus mengiktiraf kecemerlangan warganya apabila 23 staf menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor sempena Majlis Gemilang Putra (MGP) 2025. 

 

Penganugerahan yang dianjurkan oleh Pejabat Pendaftar itu diberikan kepada pegawai akademik dan bukan akademik yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing, khususnya dalam pengajaran, penyelidikan, inovasi serta khidmat profesional.

 

Naib Canselor UPM, Dato’ Profesor Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, penganugerahan ini diharap dapat mendorong lebih ramai staf akademik untuk terus mengekalkan standard kecemerlangan dan memperkasa daya inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 

“Anugerah ini secara langsung menggalakkan dan memupuk kreativiti serta inovasi dalam kalangan pensyarah. Ia turut menyokong penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL),” katanya.

 

 

 

 

 

 

Pendaftar UPM, Muhazam Mansor berkata MGP merupakan platform tahunan universiti untuk menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga kerja yang telah memberikan impak besar kepada universiti dan negara.

 

“Dengan penghargaan ini, UPM menzahirkan pengiktirafan terhadap pegawai akademik dan bukan akademik yang cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk inovasi, penyelidikan, penerbitan dan perundingan,” katanya. 

 

Majlis Gemilang Putra merupakan acara tahunan berprestij yang menampilkan semangat kecemerlangan UPM dalam memacu budaya kerja berkualiti tinggi dan pencapaian bertaraf global.

 

Selain itu, penyampaian Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Jasa Putra, Anugerah Setia Putra, Anugerah Bakti Putra, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 Tahun turut diadakan.

 

 

 

Anugerah Khas Akademia Putra 2024 diterima oleh Profesor Dr. Tan Chin Ping daripada Fakulti Sains dan Teknologi Makanan.

 

Bagi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pengajaran), kategori Pengajar Cemerlang (Sains Tulen) diterima oleh Prof. Madya Dr. Jayanthi Arasan daripada Fakulti Sains; Sains Gunaan oleh Prof. Madya Dr. Christopher Teh Boon Sung, Fakulti Pertanian; Kejuruteraan oleh Prof. Madya Ts. Ir. Dr. Farah Nora Aznieta Abd. Aziz, Fakulti Kejuruteraan; Sains Kesihatan, Prof. Madya Dr. Rohaizan Mansor, Fakulti Perubatan Veterinar; Sastera dan Sains Sosial, Dr. Camelia Siti Maya Mohamed Razali, Fakulti Ekologi Manusia; dan Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan oleh Prof. Madya Dr. Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. 

 

Selain itu, bagi kategori Pengajar Muda (Sains Tulen) diterima oleh Dr. Mohd Noor Hisham Mohd Nadzir, Fakulti Sains; Sains Kesihatan, Dr. Michelle Fong Wai Cheng, Fakulti Perubatan Veterinar; Sastera dan Sains Sosial, Dr. Chan Siaw Leng, Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, dan Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan oleh Prof. Madya Dr. Farah Adibah Che Ishak, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan. 

 

Untuk Anugerah Fellowship Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), kategori Penyelidik Cemerlang (Sains dan Teknologi) diterima oleh Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila Hashim, Fakulti Kejuruteraan; Penyelidik Muda (Sains dan Teknologi), Dr. Nur Syakina Jamali, Fakulti Kejuruteraan; Penerbitan Makalah Jurnal (Sains dan Teknologi), Prof. Madya Ir. Dr. Norhashila Hashim, Fakulti Kejuruteraan; Inovasi dan Pengkomersialan Produk, Profesor Ir. Ts. Dr. Suraya Abdul Rashid, Fakulti Kejuruteraan, dan Penerbitan Buku oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sreetheran Maruthaveeran, Fakulti Rekabentuk dan Senibina. 

 

Bagi Anugerah Fellowship Naib Canselor (Pembangunan Pelajar), kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional Akademik diterima oleh Profesor Dr. Cheah Pike See daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan; Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pentadbir, Wan Zaharuddin Wan Abdullah, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat; dan Kumpulan Pelaksana oleh Khairul Zaini Zainan, Fakulti Perubatan Veterinar. 

  

Selain itu, Anugerah Fellowship Naib Canselor (Perkhidmatan Profesional), kategori Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Akademik) diterima oleh Profesor Dr. Ishak Aris; Kumpulan Pengurusan dan Profesional Pentadbir, Dr. Norfaryanti Kamaruddin daripada Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan dan Kumpulan Pelaksana oleh Noor Habibah Mohamed Daud, Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar.

 

Anugerah Fellowship Naib Canselor (Perunding Cemerlang) pula diterima oleh Profesor Dr. Zaiton Samdin daripada Sekolah Perniagaan dan Ekonomi.

 

Sementara itu, Anugerah Jasamu Dikenang diberikan kepada waris tujuh pegawai yang meninggal dunia dan Anugerah Jasa Putra disampaikan kepada 99 pegawai yang telah dan akan bersara pada 2025. Anugerah Setia Putra dianugerahkan kepada 186 pegawai yang telah berkhidmat bagi tempoh 20 tahun, manakala Anugerah Bakti Putra disampaikan kepada sembilan pegawai yang berkhidmat selama 30 tahun di UPM. Anugerah Perkhidmatan Melebihi 40 Tahun turut diberikan kepada lapan pegawai yang telah berkhidmat selama 40 tahun di UPM dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diterima oleh 551 pegawai yang berkhidmat dengan cemerlang bagi 2024.

XZKMHAd~