| Universiti Putra Malaysia

KTAG UPM Galak Pelajar Luar Bandar Minat Pertanian

 

Serdang, 5 Jun- Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh peranannya sebagai institusi pengajian tinggi yang prihatin terhadap komuniti luar bandar melalui penganjuran Kem Jati Diri Siri 3 yang menghimpunkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari beberapa sekolah menengah di daerah Pontian, Johor.


Program anjuran Kolej Tan Sri Aishah Ghani (KTAG), UPM dengan kerjasama Ketua Kampung Sungai Bunyi dan Pejabat Pendidikan Daerah Pontian ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar luar bandar khususnya dalam bidang pertanian yang menjadi teras kekuatan UPM.


Pengetua KTAG, Dr. Daljit Singh Karam Singh berkata pentingnya program seumpama ini dalam memperkasa pelajar luar bandar agar lebih bersedia mengambil peluang dalam bidang pendidikan tinggi, terutamanya dalam sektor strategik seperti pertanian yang semakin penting untuk kelestarian negara.


''Kem ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara universiti dan komuniti, malah berjaya menyemai semangat cintakan ilmu dan keyakinan diri dalam kalangan pelajar luar bandar.



''Program ini membuktikan bahawa dengan pendekatan inklusif dan bimbingan awal, lebih ramai pelajar mampu melakar kejayaan dalam pendidikan tinggi dan menjadi pemacu perubahan untuk masa depan negara,'' ujaranya.


Dalam pada itu, pelajar turut berpeluang merasai sendiri pengalaman mengurus ladang organik, ternakan, plot padi dan kelulut.


Beliau berkata pengalaman ini akan mengubah persepsi pelajar terhadap bidang pertanian, daripada tradisional kepada moden dan berdaya saing.

XZKHFAZ~