| Universiti Putra Malaysia

Bicara Inspirasi Siri 4: OKU Berdikari Dan Cemerlang

Penulis: Marlinah Muslim

UPM SERDANG, 2 Julai 2020 - Setelah tiga minggu berturut- turut program Bicara Inspirasi Siri 1, Siri 2 dan Siri 3 diadakan secara dalam talian, Program Bicara Inspirasi Siri 4 diteruskan dengan menampilkan ahli-ahli panel yang dipilih khusus untuk membicarakan Siri 4 tersebut.

Antara barisan panel iaitu Cik Noryanti Mahbub, seorang palsi serebrum yang kini menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Kanan,Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Presiden Persatuan Mahasiswa OKU UPM, saudara Hazmin Hazman seorang OKU pendengaran dan Dr. Mastura Mahamed iaitu pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi yang juga seorang palsi serebrum.

Melalui perkongsian ahli panel dapat dirumuskan bahawa OKU juga seperti insan lain yang mampu berjaya dan cemerlang dalam hidup malah kejayaan yang dicapai adalah melebihi insan bukan OKU kerana mereka menggunakan segala keupayaan fizikal dan mental berlipat kali ganda dari insan bukan OKU. Namun tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan dan kecemerlangan tersebut, sokongan dan bantuan daripada orang sekeliling terutama keluarga amat penting untuk mencapai cita-cita mereka.

Semoga Bicara Inspirasi Siri 4 ini memberi kesedaran kepada semua bahawa OKU juga boleh menjalani hidup seperti orang lain dan beroleh kejayaan hidup asalkan mereka tahu berdikari dan mendapat sokongan yang betul daripada orang-orang di sekeliling mereka. Bagi yang terlepas peluang untuk menonton secara langsung FB Live boleh menonton ulang siar video di Facebook Bahagian Hal Pelajar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=309446400098601&id=418781688256351 

SXETRAo~