HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Sistem Rangkaian Telekomunikasi 08062023

 

 

Sistem Rangkaian Telekomunikasi di UPM menggunakan teknologi daripada Cisco (Versi 4.3), iaitu Sistem VoIP (Voice Over Internet Protocol). Sistem ini mula digunakan pada penghujung  2006. UPM ialah universiti pertama yang menggunakan sistem ini. Melalui sistem ini, terdapat sebanyak dua IP-PABX (Private Automatic Branch Exchange) yang menyediakan sehingga 800 talian telefon dan faksimile.

Sistem ini merupakan kaedah integrasi yang masih mengekalkan teknologi PABX tetapi dalam masa yang sama melakukan proses transaksi dan perpindahan teknologi ke sistem VOIP, yang mampu memberikan kadar kos yang lebih rendah dari segi kadar penggunaan dan kos infrastruktur.

Sistem Konvensional PABX terdiri daripada 1 PABX Utama dan 10 Sub-PABX  yang terletak di  dalam kampus UPM Serdang dan disambung melalui kabel optik secara star-topology. Kesemuanya adalah daripada teknologi Ericsson MD110 kecuali satu di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan yang menggunakan teknologi NEC.

Sistem PABX ini menyediakan sehingga 4500 talian telefon dan faksimile di kampus UPM. Sistem PABX Ericsson MD110 yang terletak di Bangunan Ekologi dan Dewan Kuliah Pusat ialah perkakasan PSTN Ericsson yang terawal digunakan, iaitu semenjak 1984.

Bermula 1994 sehingga kini, pertambahan pengguna telefon ditampung dengan menaiktarafkan alatan sedia ada, serta  pemasangan baharu di lokasi lain  dalam kampus UPM yang mempunyai kemampuan yang lebih baik berbanding peralatan awal.

 

  • Nik Mohd Yusri Nik Harun
  • 03-89471917