| Universiti Putra Malaysia

Tengku Permaisuri Norashikin lawat Hospital Veterinar UPM

Oleh: Noor Eszereen Juferi

Foto oleh: Noor Azreen Awang

 

SERDANG, 26 Feb – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan melawat Hospital Veterinar Universiti (UVH), Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Ketibaan Tengku Permaisuri Norashikin disambut oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’  Dr. Aini Ideris;  Ahli Lembaga Pengarah UPM, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah dan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar, Prof. Dr. Mohd Hair Bejo.

Tengku Permaisuri Norashikin diiring melawat ke beberapa bahagian fakulti antaranya Bilik Rawatan Haiwan Kesayangan, Wad Haiwan Kesayangan, Unit Diagnostik dan Bilik Pembedahan, Ruang Taman Kucing, Unit Farmasi dan Muzium Anatomi.

 

Baginda tertarik dengan setiap perkhidmatan perubatan yang disediakan termasuk kelengkapan serta peralatan perubatan yang moden bagi merawat haiwan-haiwan peliharaan dan haiwan-haiwan ternakan.

Baginda turut kagum dengan kaedah-kaedah rawatan profesional yang ditawarkan termasuk surgeri dan pembedahan kritikal untuk haiwan-haiwan yang menghidap sakit kronik.

 

Sementara itu, Baginda juga melawat Pusat Ekuin UPM yang berkeluasan empat hektar meliputi dua buah bangunan stable yang mampu memuatkan 47 ekor kuda serta mempunyai sand paddock bertaraf antarabangsa berukuran 150 kaki x 20 kaki, trek tunggangan di padang ragut seluas 160 hektar dan trek tunggangan di kawasan ladang sejauh 30 km.

Pusat Ekuin itu juga menyediakan 12 ekor kuda yang diperoleh daripada Australia dan sesuai untuk tunggangan. - UPM

SXFEEA~