| Universiti Putra Malaysia

Pasangan suami isteri bergraduasi pada hari yang sama

Oleh Cheng Kai Wah

 

SERDANG, 30 Okt – Sepasang suami isteri dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Mohammed Ameen Mohammed Alhakimi, berasal dari Yaman dan  Fatin Syazana Abdul Aziz, dari Bangi, menerima Ijazah Sarjana Sains Komputer sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-42  hari ini.

 

Untuk membolehkan mereka bergraduasi pada majlis konvokesyen yang sama, Mohammed Ameen, 27, menangguhkan pelajarannya sedangkan telah melengkapkan semua tugasan akademik pada tahun lalu.

 

Fatin Syazana, 26, terharu dengan keputusan yang dibuat suaminya itu untuk membolehkan mereka menerima ijazah pada masa yang sama.

 

Katanya, perkahwinan tidak menjejaskan pelajaran, malah mereka mempunyai lebih banyak peluang dan masa untuk berbincang mengenai tugasan akademik dan melengkapkannya bersama-sama. - UPM

SXFHFAv~