Kebakaran



Tindakan sekiranya isyarat kebakaran diaktifkan :

  1. Kosongkan bangunan dengan segera, tutup pintu yang anda lalui.
  2. Jangan cuba selamatkan barang berharga, fail atau peralatan lain.
  3. Jangan gunakan lif.
  4. Bantu orang kurang upaya untuk meninggalkan bangunan jika boleh.
  5. Sekiranya orang kurang upaya itu tidak dapat menyelamatkan diri, bantu mereka ke tangga terdekat dan tutup pintu kearah tangga tersebut.
  6. Maklumkan kepada Anggota Keselamatan kedudukan orang kurang upaya tersebut untuk diberi bantuan.
  7. Bergerak ke tempat berkumpul yang dikhaskan.
  8. Sekiranya anda yang mengaktifkan isyarat kebakaran, jumpa dengan Anggota Keselamatan untuk mengenalpasti kedudukan tempat asap dan api.

Tindakan sekiranya anda terjumpa kebakaran (api) :

  1. Aktifkan isyarat kebakaran.
  2. Hubungi Talian Kecemasan UPM di talian 03-89471999.
  3. Gunakan alat pemadam api sekiranya tahu menggunakannya.

Tindakan sekiranya pakaian anda terbakar :

  1. Hentikan apa yang anda sedang lakukan, jangan berlari.
  2. Jatuhkan diri ke lantai.
  3. Golekkan diri anda untuk memadamkan api.

Beri bantuan kecemasan sekiranya perlu :

  1. Jangan gerakkan orang cedera parah.
  2. Dapatkan bantuan dari Anggota Keselamatan.
  3. Berikan CPR sekiranya anda dilatih untuk berbuat demikian.