Klinik Amalan Haiwan Besar

Klinik ini terbahagi kepada empat bahagian yang menyediakan perkhidmatan yang berlainan.

1. Amalan Ruminan

Amalan Ruminan ini biasanya dikunjungi oleh penternak kecil, , ladang komersil serta agensi kerajaan dan swasta.
Perkhidmatan yang disediakan di Bahagian Amalan Ruminan seperti :-

  •      Menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan untuk penyakit ruminan yang terdiri dari lembu, kerbau, bebiri dan kambing.
  •      Mengadakan program kesihatan ternakan seperti pelalian,   rawatan    cacing dan pemeriksaan kesuburan.
  •      Memberi khidmat nasihat dan pengembangan dalam kesihatan ternakan dan pengawalan penyakit
  •      Membuat pemeriksaan ke atas haiwan di ladang haiwan atau membawa haiwan ke wad haiwan besar di fakulti untuk pemeriksaan. 

2. Amalan Avian

Bahagian ini menyediakan perkhidmatan diagnosis dan rawatan penyakit avian yang terdiri dari burung peliharaan, burung pertandingan, burung zoo dan ayam serta itik. Selain itu, khidmat nasihat untuk amalan kesihatan ternakan dan pemantauan juga turut disediakan.

3. Amalan Khinzir

Dalam amalan khinzir, pelajar tahun empat dan tahun lima akan mengunjungi ladang khinzir komersil yang intensif di atas permintaan penternak untuk membantu dalam program kesihatan ternakan. Latihan ini dapat mendedahkan pelajar kepada masalah-masalah kesihatan dan produksi yang dihadapi oleh industri ternakan khinzir di negara ini.  Latihan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan kemahiran dalam penyiasatan penyakit khinzir.

4. Amalan Ekuin

Unit perubatan ekuin dan surgeri ekuin menyediakan perkhidmatan klinik bergerak kepada badan kerajaan, kelab ekuestrian dan pemilik kuda persendirian di persekitaran Lembah Kelang dan di seluruh negara. Di samping itu, perkhidmatan untuk rawatan, perundingan dan khidmat nasihat terutamanya untuk kuda ekuestrian dan rekreasi juga disediakan.  Respons perkhidmatan adalah melalui panggilan atau temu janji. Perkhidmatan ini disokong oleh kemudahan dan perkhidmatan lain di HVU seperti radiologi, patologi klinikal, bakteriologi, pemakanan, post-mortem dan sebaginya bersama dua pakar dalam bidang perubatan dan surgeri ekuin serta teriogenologi.