Menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah
Bukit Ekspo UPM yang terletak berhadapan dengan Pejabat Pengarah Taman Pertanian Universiti (TPU) merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah seisi keluarga dan aktiviti korporat seperti hari keluarga, sukaneka, pameran dan aktiviti akuatik seperti memancing serta berkayak. Bukit Ekspo juga sesuai digunakan untuk aktiviti pusat kokurikulum dan pembelajaran termasuk aktiviti keselamatan dalam air.
Keluasan keseluruhan kawasan Bukit Ekspo ini kira-kira 32 hektar. Kawasan ini meliputi kawasan tapak ekspo seluas 12 hektar, kawasan bank genetik durian seluas 6 hektar, kolam ternakan ikan air tawar di sekitar Bukit Ekspo seluas 13 hektar, trek larian sepanjang 2.5 km, tapak perkhemahan, kemudahan rekreasi, tapak wakaf dan taman permainan kanak-kanak serta Rock Garden berhadapan kompleks TimeTelekom yang berkeluasan 1 hektar.
Selain daripada aktiviti riadah, Bukit Ekspo UPM turut menyediakan perkhidmatan kepada pihak korporat luar untuk mengadakan majlis-majlis rasmi ataupun tidak rasmi seperti pameran, hari keluarga, memancing dan pertandingan kayak. Kadar bayaran yang dikenakan kepada pihak luar untuk mendapatkan perkhidmatan adalah seperti berikut :-
Kadar Bayaran |
|||
Bil. |
Perkara |
Kadar Harga (RM) |
Catatan |
1. |
Tapak Bukit Ekspo |
3000.00/hari |
-Jumlah peserta bawah 10,000 |
2. |
Kemudahan Tambahan: |
|
|
|
|
|
-Jumlah peserta atas 10,000 |
|
|
500.00/kolam/hari |
Kolam pertama |
200.00/kolam/hari |
Kolam berikutnya |
||
5. |
Sewa Kolam (memancing) |
1500.00/hari |
Tanpa tambahan ikan |
6. |
Pejabat Urusetia |
50.00/unit/hari |
|
|
Cagaran Pembersihan Sampah Kolam |
50.00/hari |
> 50 peserta |
100.00/hari |
51-200 peserta |
||
250.00/hari |
201-500 peserta |
||
500.00/hari |
501-1000 peserta |
||
750.00/hari |
1001-2000 peserta |
||
1000.00/hari |
2001-5000 peserta |
||
1500.00/hari |
5001-10000 peserta |
Waktu operasi Pejabat Bukit Ekspo bagi yang ingin berurusan untuk menggunakan perkhidmatan adalah 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 2.30 petang hingga 4.30 petang, tidak termasuk Sabtu dan Ahad.
Untuk menggunakan kemudahan yang disediakan harus mendapat kebenaran terlebih dahulu melalui borang Permohonan Penggunaan Kawasan Bukit Ekspo dan kembalikan ke Pejabat Bukit Ekspo. Anda boleh menghubungi En. Hairi b. Abdul Aziz melalui talian 03-89467296 untuk mendapatkan maklumat lanjut.