| Universiti Putra Malaysia

UPM anjur program IDM2023 didik pelajar sekolah minat matematik

Oleh: Dr. Siti Mahani Marjugi

SERDANG, 14 Mac – Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program International Day of Mathematics (IDM2023) bagi mendidik 35 pelajar sekolah meminati matematik.

Program itu dianjurkan sempena sambutan Hari Matematik Antarabangsa 2023 yang merupakan acara tahunan yang disambut pada setiap 14 Mac serta turut dikenali sebagai Pi Day.

Peneraju program. Prof. Dr. Zanariah Abdul Majid berkata, program itu melibatkan pelajar sekolah dari kalangan anak-anak staf Fakulti Sains, UPM yang berumur 11-16 tahun serta ktiviti yang dijalankan ialah Statistic Challenge, Dance Dance Math dan Di Sebalik Irama.

“Aktivti ini diharapkan akan memberi manfaat serta memberi pendedahan kepada pelajar sekolah bahawa subjek Matematik adalah tidak sukar dan sangat menyeronokkan serta boleh diaplikasi dalah kehidupan seharian,” katanya.

Selain itu, ketua aktiviti yang mengendalikan ialah Dr. Norhaslinda Ali, Dr. Chen Chuei Yee dan Dr. Faridah Yunos.  

Pelajar sekolah berkenaan telah dikumpulkan secara berpasangan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah dan mereka berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan dalam menerokai ilmu matematik.

Pada Majlis Perasmian Hari IDM2023 telah dimulakan dengan penceramah jemputan dari Universiti Malaya (UPM), Dr. Suzielleez Syrene Abdul Rahim yang menyampaikan ceramahnya bertajuk “Matematik Untuk Semua” seta diikuti acara perasmian oleh Timbalan Dekan (Akademik, Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Fakulti Sains, Prof Madya Dr. Siti Hasana Sapar.

Sementara itu, IDM2023 merupakan salah satu usaha Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, UPM bagi menyokong dan memberi kesedaran akan kepentingan matematik kepada semua.  - UPM

SXETRAW~