| Universiti Putra Malaysia

Program Smart Scientist 2024

27-28 Febuari 2024 – Telah diadakan Program Smart Scientist di Bilik Kuliah Siswazah 1 & 2, Food 5. Pesertanya terdiri daripada golongan kanak-kanak berusia 9 - 13 tahun. Program ini mengandungi pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan pembungkusan.

 

Antara aktiviti dalam program ini adalah menghasilkan sendiri plastik mesra alam, menerokai dunia ajaib pembungkusan yang berubah warna, berpengalaman menjadi seorang saintis dan pelajar universiti di UPM, mencipta seni lestari, dan banyak lagi.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada peserta cilik tentang sains dan teknologi dan sekali gus menanam minat mereka terhadap bidang sains dan teknologi pada masa hadapan.

SXFUKA~