| Universiti Putra Malaysia

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA FSTM 2023

10 MEI – Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FOSTECH) dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSTM telah menjayakan Majlis Jamuan Hari Raya FSTM 2023 buat julung kalinya yang bertempat di Laman Mahasiswa.

Majlis yang bermula pada jam 11 pagi telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Radhiah Shukri, selaku Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Turut hadir Prof. Madya Dr. Anis Shobirin Meor Hussin, Dekan FSTM, Ketua-ketua Jabatan dan juga pensyarah.

         

Pelbagai juadah makanan disediakan bagi meraikan para pelajar khususnya. Tidak dilupakan setinggi penghargaan ditujukan kepada pihak L’apprenti di bawah Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan di atas sumbangan pemanis mulut yang menyelerakan.

      

Semoga hubungan kerjasama ini dapat dieratkan agar usaha murni ini terus dilaksanakan pada masa akan datang.

SXFUGAd~