| Universiti Putra Malaysia

“LEARN AND LUNCH LIVE WITH CHEF JO”

Khamis, 7 Mac 2024 - Telah berlangsung program “Learn and Lunch Live with Chef Jo” anjuran jabatan kami, Jabatan Pengurusan dan Khidmat Makanan FSTM bertempat di L’apprenti@Putra Restaurant.

Dalam program ini peserta dapat belajar dan melihat cara memasak menu yang unik iaitu Spicy Seafood Chocolate Pasta yang diajar secara langsung oleh Chef Jo, bekas juri Masterchef Malaysia yang juga selaku Adjunct Professor bagi FSTM. Seterusnya peserta dihidangkan dengan makan tengah hari 3-course menu yang dihidang secara course by course.

 

Pihak L’apprenti mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat memberikan sokongan terhadap program kami, dan juga jutaan terima kasih kepada Chef Jo atas ilmu dan perkongsian yang diberikan. Semoga peserta mendapat ilmu dan pengalaman berharga sepanjang program ini berlangsung.

SXFUFAt~