| Universiti Putra Malaysia

KUNJUNGAN DARI FACULTY CULTURAL STUDIES, ART AND CULTURAL ANTHROPOLOGY, UNIVERSITAS BRAWIJAYA, MALANG, INDONESIA

Pada November 2, 2023, Jabatan Perkhidmatan Khidmat Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan telah menerima kunjungan dari Faculty Cultural Studies, Art and Cultural Anthropology, Universitas Brawijaya, Malang, Indonesia.

Dua orang pensyarah telah datang untuk perjumpaan ini, Dr. Hipolitus K.Kewuel  (Ketua Jabatan) dan Mr. Nindyo Budi Kumoro ( pensyarah). Perbincangan yang diadakan berkisar mengenai koloborasi penyelidikan mengenai makanan warisan di Malaysia dan Indonesia. Kolaborasi ini adalah titik permulaan untuk menjalankan penyelidikan bersama university di Indonesia. Kami juga berbincang untuk menjalankan aktiviti bersama untuk kedua-dua buah universiti pada masa hadapan.

SXFUFAZ~