| Universiti Putra Malaysia

‘Food Science Seminar 1: Future Foods Inspired by Traditional Foods

Food Science Seminar 1: Future Foods Inspired by Traditional Foods telah dilaksanakan pada 30 September 2022, dan merupakan siri yang pertama bagi program Food Science Seminar. Program ini telah menarik minat seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Pelaksanaan program ini dibuat secara dalam talian menggunakan aplikasi Zoom, memandangkan salah seorang penceramah telah dijemput khas dari University of Queensland, Australia iaitu Prof. Yasmina Sultanbawa. Turut sama sebagai penceramah jemputan untuk berkongsi kepakaran adalah Prof. Dr.  Faridah Abas yang berkongsi kepakaran beliau dalam bidang makanan fungsian.

 

Antara objektif pelaksanaan program ini adalah untuk bersama-sama berkongsi maklumat terkini tentang hasil kajian saintifik terhadap makanan tradisional yang akhirnya dinaik taraf menjadi makanan masa hadapan dalam seminar atas talian, serta memberi pendidikan berterusan (lifelong learning) kepada masyarakat tentang potensi serta kaedah untuk menjadikan makanan tradisional menjadi makanan masa hadapan.

 

WXFUJAs~